Jumaat, 29 November 2013

mahasiswa perosak masyarakat???

assalamualaikum mahasiswa sekalian,

mahasiswa merupakan sebuah golongan intelektual yang memacu perkembangan dan halatuju sesebuah negara. hakikatnya kini negara kita semakin tandus siswa yang mempunyai nilai moral dalam setiap aspek kehidupan. pelbagai ragam manusia yang semakin hari semakin rabun dalam menilai apa yang disebut sebagai KEHIDUPAN. Mahasiswa kini melihat hidup dalam perspektif masyarakat barat yang bertuhankan keseronokan semata mata, rosaknya mahasiswa rosaknya masyarakat.






Ayuh kita bangkit dari lena yang dicipta oleh golongan yang mahu merosakkan kita sebagai mahasiswa. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh datuk fadzilah kamsah mengatakan bahawa di malaysia sahaja 83% rakyat malaysia tidak cukup solat. Islam semakin berkembang baik di dalam negara kita, misalnya di sekitar UKM ini sendiri pelbagai majlis ilmu yang tersedia. Hal ini berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak menyertai majlis ilmu yang sedemikian.

Kita sebagai mahasiswa zaman ini sedang berada dalam suatu zaman di mana ilmu semakin murah harganya. Misalnya dalam menyiapkan sesebuah tugasan semua maklumat berada di hujung jari. Hal ini seringkali diambil kesempatan oleh mahasiswa bagi  mengambil jalan pintas bagi menghasilkan karya ilmiah. saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz Hasrizal Jamil berkenaan  dengan sikap mahasiswa yang malas dalam menuntut ilmu. Beliau juga menegaskan sikap sebegini akan menghancurkan masyarakat.

Hidup ini merupakan pilihan. seandainya kita memilih jalan yang mudah di dunia ini pastinya kita akan susah di akhirat sana. Dalam hidup yang teramat singkat ini ,amatlah rugi andai masa yang ada ini kita sia siakan dengan perkara yang sia sia.

profesor hamka pernah berkata 

Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

bagaimana kita ingin mengenal kejayaan andai kita tidak pernah merasai kegagalan. Mahasiswa perlu sedar dimana kita mempunyai tujuan yang jelas dimana Allah tegaskan dalam firmannya didalam surah 
az zariyat ayat 56:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.



Mahasiswa sebenar melihat segala usaha yang dilakukannya ialah semata mata kerana Allah. Saya teringat pesanan Dr faudzinaim pesyarah UKM, beliau mengatakan segala perkara yang kita lakukan hendaklah diniatkan untuk Allah swt bukannya untuk manusia semata mata. jika kita mencari penghargaan manusia semata mata saya khuatir kita akan hilang penghargaan dari Allah swt.

Akhir kalam ayuh kalian semua mahasiswa seluruh dunia ,bangunlah dari mimpi yang kita cipta sendiri, berpijaklah di bumi nyata dimana fakta pasti mengalahkan yang dusta, yang Haq pasti mengalahkan yang batil pada suatu hari nanti


salam musafir ilmu dari bumi bangi ukm









Sabtu, 25 Mei 2013

Taubatlah!!! anak muda..

setiap kita pasti dan pasti pernah melakukan kesilapan,itu tidaklah menjadi masalah tetapi perkara yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak merasai bahawa kita melakukan kesalahan. hal ini boleh terjadi dalam 2 keadaan iaitu:

1. kita tidak mempunyai ilmu
-jika perkara ini berlaku maka kita seharusnya bertindak segera kerana setiap perkara memerlukan ilmu.kewajipan menuntut ilmu tidak boleh kita abaikan. kebanyakan ibu bapa kini tidak mementingkan soal pendidikan dalam aspek agama kerana mereka menyalahtafsirkan kepentingan ilmu agama dan juga pandangan mereka kabur tentang kepentingan beragama.Oleh yang demikian menjadi tangunngjawab anak muda mencari ilmu ini sama ada ilmu ukhrawi dan duniawi.

2. menyalah gunakan Ilmu yang ada 
-hal ini semakin banyak terjadi kepada orang berpelajaran. kita dapat melihat kini apabila terdapat golongan agamawan yang cuba menegakkan perkara yang jelas mungkar dengan cara menggunakan ilmu untuk mencari dalil yang lemah bagi melindungi sesebuah pihak yang memberi manfaat pada mereka.Semoga dengan pertambahan ilmu tidak menjadikan kita semakin kurang bijak tetapi dengan pertambahan ilmu menjadikan kita semakin berani mengatakan yang hak.

rakan2 anak muda sekalian ,
perkara ini sering menjadi amalan kita,setiap kesalahan itu akan disudahi dengan penyesalan,tetapi persoalan disini bagaimana kita hendak mengekalkan rasa penyesalan sekaligus melaksanakan perubahan. Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk kita amalkan supaya terus istiqamah dalam perjuangan kearah menjadi muslim sejati:

1. mencari dan bergaul dengan orang baik
-kita sedia maklum bahawa kita bukanlah seperti para sahabat nabi yang tahap keimanan mereka begitu tinggi ,oleh yang demikian kita patut mencari inisiatif untuk berkawan dengan orang baik. Orang2 baik yag saya maksudkan disini bukan la dinilai secara luaran semata mata tapi hendaklah dinilai dari sudut kacamata agama. Pergaulan bersama orang yang baik memudahkan kita untuk sama sama menjadi baik. Kita belum lagi menjadi baik apabila kita sudah merasakan diri kita cukup baik.

2. mewujudkan suasana  yang baik dan mencarinya
-suasana yang baik hanya akan terhasil dengan orang yang baik, kita sebagai khalifah masing2 mempunyai tanggungjawab dan juga kedudukan. Terdapat beberapa keadaan dimana kita boleh mewujudkan suasana yang baik dengan menggunakan kedudukan kita. sebagai contoh seseorang majikan boleh meminta para pekerja nya supaya berhenti sekejap supaya dapat bersama menunaikan solat berjemaah ,pengaruh pemimpin amat besar dalam mewujudkan suasana beragama yang baik. Malaysia pada umum nya masih belum dapat mewujudkan suasana yang sebegini. 

3. pembudayaan budaya ilmu dalam setiap aspek kehidupan.
-ilmu merupakan tunjang kepada sesebuah gerakan anak muda,kebanyakan anak muda sekarang mempunyai jiwa pejuang, tetapi jika perjuangan hanya disandarkan kepada semangat semata mata tanpa melibatkan ilmu pengetahuan maka pastilah perjuangan itu tidak bertahan lebih lama.

4. menghormati sesiapa sahaja tanpa mengira status
-kebanyakan dari masyarakat moden tidak beberapa prihatin  akan soal silaturrahim ini. Hal ini cukup menyedihkan kerana perkara inilah yang pasti membawa mudarat yang besar kepada kemajuan ummah.perhubungan kita kepada manusia lain melambang kan setakat mana kekuatan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Terdapat segelintir kita yang merasakan diri cukup baik sehingga dengan mudah menghina orang lain,sedarlah bahawa sebenarnya anda ditipu dengan bayangan kebaikan diri sendiri. Wujudkan sikap merendah diri dalam setiap perbuatan seharian.

perkongsian ini bukan bermaksud bahawa yang menulis ini lebih baik dari yang membaca tetapi ia sekadar makalah untuk muhasabah bersama...wahai anak muda sekalian perjuangan dalam memartabat kan agama ditempat sewajarnya perlu digerakkan SEKARANG juga  agar kita tidak menyesal dihati hari mendatang...

salam mahabbah Islam dari musafir ilmu bumi bangi
kenangan bersama amin idris,anak muda yang wajar dicontohi


Rabu, 22 Mei 2013

mahasiswa bukan budak sekolah!!

assalamualaikum,,
lama sungguh rasanya diri ini tidak menulis sesebuah makalah,hari ini aq rasa ingin menulis apa yang dikatakan sebuah wacana pemikiran anak muda,kami anak muda sebenarnya bukanlah mahukan apa yang dikatakan keganasan cuma kami inginkan sebuah kebebasan bersuara sepertimana yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri,
apa makna jika negara dipenuhi dengan pencakar langit andai pemikiran masyarakat serendah reban ayam,
apa makna negara yang ada pengangkutan yang begitu laju,tetapi pemikiran anak mudanya begitu lembab dek kerana sikap pemrintah yang mersakan diri mereka itu melindungi namun hakikatnya mereka
MENGONGKONG.....
kami mahukan pendidikan yang sewajarnya kami dapat, keistimewaan seorang yang bergelar mahasiswa
aq secara peribadinya merasakan bahawa minda remaja akan terus mundur seandainya perkara ini tidak diambil perhatian oleh pemerintah, berkuasa bukan bermakna mengongkong kebebsan intelektual.
sedih andai mahasiswa dilayan seperti masih di tadika kemas
KAMI MAHUKAN HAK KAMI!!!!!!!
kalam ini khas untuk golongan yang patut amik perhatian

Ahad, 30 Disember 2012

DOA DAN HARAPAN

salam.ukhwah...minggu ni akan bermula pepriksaan pertama aq kat ukm ni..perasaan bercampur baur samaada bersedia atau tidak . hati kecil ni rasa sudah bersedia tp melihat realiti nya aq rasa blom bersedia.
          Ada sesuatu yg mengganggu fikiran ini,susah hendak dilafazkan dengan kata,tp aq dapat rasa bhawa aq semakin jauh dengan kekasihku. Banyak perkara yg di suruhnya semakin ditinggalkan aq. aq sedar bahwa cintaku x cukup hebat berbanding cintanya pada ku, Aq rasa semakin lemas dengan cara hidupku yg membawa aq jauh dari kamu wahai kekasih agung.Ya ALLAH yg maha kuasa aq mohon sangat2 petunjukmu dan berikan aq jaan dan hati yg tenang agar aq terus istiqamah di dalam landasan mengakkan agamamu.





 Aq tahu bahawa tanpa aq ,agama ISLAM tetap akan menang. sudilah kiranya kau terima sumbangan kecil ku ini agar aq dapat bersama dia kekasihku MUHAMAD S.A.W. 

akhir kalam.aq mohon doa kalian agar aq dpt mengharungi ujian dunia ini dengan baik dan cemerlang bila diuji di akhirat kelak. semoga kita suma berjaya ...........amin


Sabtu, 8 Disember 2012

KEBINASAAN DALAM KEBAHAGIAAN DUNIA


                         Pengalaman mase hari pendaftaran cukup hebat bgi saya kerana  dapat melihat wajah seorang ABAH yang sangat gembira kerana dapat melihat anaknya masuk U.dan saya juga x akan lupa ciuman kasih EMAK apabila saya memberitahu keputusan bhawa saya diterima masuk ke UKM.Perasaan itu sentiasa berlegar difikiran hingga saat ini.Namun,saya amat sedih melihat diri ini kini,yang makin lalai dalam pelbagai sudut khusunya dalam Bab menyintai ALLAH

                   Ingatlah WAHAI  SISWA SISWI bahawa kita berada di sini bukan nya atas kehebatan kita tapi adalah kerana KITA MEMPUNYAI IBU BAPA YANG HEBAT. Jadi mengapa kita perlu untuk berasa hebat dan bangga dengan diri sendiri sehingga kita semakin jauh dengan perintah  ALLAH yang mencipta kita.

                 Misalnya,dalam aspek suruhan ALLAH,kita sering tinggalkan dan permudahkan dek kerana alasan ketiadaan masa kerana sibuk dengan asingment. Cuba renung sejenak ,siapa yang cipta kita ????siapa yang bagi perintah kat kita?????????siapa yang tetapkan hukum syarie pada kita????sapa yang cipta ujian dalam kehidupan?????? 

                         Jawapan nya ialah ALLAH .jadi secara warasnya,kita boleh berfikir bahawa ALLAH yang mencipta kita pasti tahu apa yg terbaik untuk kita. Jadi tidak mungkin lah ALLAH menzalimi kita kan???barangkali kita yang rasa bahawa ALLAH menzalimi kita kerana kita x mahu ikut perintah ALLAH.
         
          Hal ini seringkali dijadikan alasan segilintir dalam kalangan kita dengan cara cuba mempersoalkan rasional segala perintah ALLAH yang diberikan tanpa melihat perkara kebaikan yang terdapat dalam perintah ALLAH itu.

Contoh mudah soal menutup aurat,terdapat segelintir sahabat yang saya temui (MUSLIMAH) mengatakan ‘kami bukan x nak tutup aurat tapi kalo tutup mcm x ikut trend la’ ada juga mengatakan begini ‘alaaa.t kalo sampai seru kami tutup la aurat sekarang masih muda kan’ . Saya agak bimbang dengan golongan yg berkata begini kerana apa yg mereka pertikaikan adalah Hukum ALLAH bukan hukum manusia.

          Wahai siswi,muslimat,wanita .yakinlah bahawa ALLAH amat menyayangi kamu walaupun terdapat dalam kalangan kami muslimin mengatakan dan menzahirkan kasih kami kepada kamu.Jika ada di kalangan kami yang mengatakan kami lah yg pling sayang kepada kamu maka kami  ialah golongan PEMBOHONG.jangan sampai kasih manusia kamu lihat lebih hebat dari kasih tuhanmu.INGAT!!!!!!

          Itulah realiti yang perlu kita terima bahawa kasih nya ALLAH mengatasi segala galanya.jadi sebagai siswa dan sisiwi Islam sedarlah bahawa kita di beri kesempatan di UKM atas tiket untuk menuntut sebanyak mana ILMU ALLAH di dunia ini. Bukan nya untuk menonjolkan diri agar diberi pujian oleh manusia sehingga lupa untuk memuji yg MAHA KUASA…salam ukhwah (MHBI)





Sabtu, 6 Oktober 2012

ada apa dengan ijazah,master ,phd ,diploma andai?????

assalamualaikum.muzlim hebat di luar sana,ari ni saya nak berkongsi sedikit pandangan dan kerisauan kerana manusia begitu rakus  dengan keduniaan,ape guna nya ijazah 
andai kita begitu daif dl ilmu agama,saya bukan apa,ilmu dunia memang perlu dan begitu juga ILMU AKHIRAT,perkara ini perlu dilihhat dari kacamata yang risau ....








realitinya kini,berapa anak 2 di MALAYSIA ini yg mampu menguruskan jenazah ibu bapa sekiranya mereka meninggal ,apalah kiranya,PHD,andai tidak mampu baca TALKIN untuk ibu dan ayah




apalah guna MASTER,andai kita tidak tahu cara MEMANDIKAN MAYAT....sanggup kita biarkan ibu ayah  yang ketika kecil dimandikan mereka,namun kita tidak memandikanmereka buat kali terakhir,,,anak jenis apa kita ni??????????


apalah guna DEGREE,andai kita tidak tahu cara IMAM SOLAT JENAZAH,bacaan dalam solat pon kita tidak tahu ,bagaiman nak jd imam,,,fikrlh wahai manusia,,sehebat mana pun taraf pendidikan kamu,,,tapi andai kamu tidak mengetahui tentang hukum agama,kamu adlah diklangan orang yang BODOH(petikan kata us azhar idrus )




jadi di sini marilah kita muhasabah diri,cari lah ilmu sebegini supaya kita dapat memberi manfaat kpd ibu dan ayah ,,,,peringatan khusus buat diriKU yg mudah lupa.....

Khamis, 4 Oktober 2012

kita bukan PENCINTA SEJATI?????

asalamualaikum...dalam barakah hari jumaat ni...ade perkara yg saya mahu kita suma fikirkan ,baru2 ni filem innocence of muslim...telah menggemparkan kita..dengan penghinaan yg dilemparkan kepada nabi Muhamad SAW,maka ketika itu ramai yang menunjukkan bahawa mereka amat marah dengan mengadakan demonstrasi menunjukkan perasaan marah mereka..bukan saya katakan perkara itu tidak bgus,cuma ada beberapa aspek yg perlu kita nilai dalam diri ini

1.kita mendakwa mencintai RASULALLAH,tapi hakikatnye begitu banyak sunah nabi yg kita tidak laksanakan.jdi bgaiman mungkin orang yang mencintai kekasihnya,tapi dalam masa yang sama tidak mahu mengikut arahan kekasih.itu bermakna kita BUKAN PENCINTA SEJATI!!!!!

2.Kita begitu marah terhadap orang membakar ALQURAN,tapi hakikat realiti nya .berapa helai muka surat ALQURAN yg kita baca sehari ????fikirkan lah ,,,sekali lagi KITA BUKAN PENCINTA SEJATI!!!!!!!!!!

terdapat pelbagai perkara lagi yang membuktikan kita bukan lah pencinta sejati,,,sedarlah wahai diri ini,bahawa kita tidak akan mendapat kemanisan iman selagi mana kita tidak MENCINTAI ALLAH ,NABI MUHAMAD SAW,lebih dari dunia dan isinya...MHBI