Sabtu, 25 Mei 2013

Taubatlah!!! anak muda..

setiap kita pasti dan pasti pernah melakukan kesilapan,itu tidaklah menjadi masalah tetapi perkara yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak merasai bahawa kita melakukan kesalahan. hal ini boleh terjadi dalam 2 keadaan iaitu:

1. kita tidak mempunyai ilmu
-jika perkara ini berlaku maka kita seharusnya bertindak segera kerana setiap perkara memerlukan ilmu.kewajipan menuntut ilmu tidak boleh kita abaikan. kebanyakan ibu bapa kini tidak mementingkan soal pendidikan dalam aspek agama kerana mereka menyalahtafsirkan kepentingan ilmu agama dan juga pandangan mereka kabur tentang kepentingan beragama.Oleh yang demikian menjadi tangunngjawab anak muda mencari ilmu ini sama ada ilmu ukhrawi dan duniawi.

2. menyalah gunakan Ilmu yang ada 
-hal ini semakin banyak terjadi kepada orang berpelajaran. kita dapat melihat kini apabila terdapat golongan agamawan yang cuba menegakkan perkara yang jelas mungkar dengan cara menggunakan ilmu untuk mencari dalil yang lemah bagi melindungi sesebuah pihak yang memberi manfaat pada mereka.Semoga dengan pertambahan ilmu tidak menjadikan kita semakin kurang bijak tetapi dengan pertambahan ilmu menjadikan kita semakin berani mengatakan yang hak.

rakan2 anak muda sekalian ,
perkara ini sering menjadi amalan kita,setiap kesalahan itu akan disudahi dengan penyesalan,tetapi persoalan disini bagaimana kita hendak mengekalkan rasa penyesalan sekaligus melaksanakan perubahan. Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk kita amalkan supaya terus istiqamah dalam perjuangan kearah menjadi muslim sejati:

1. mencari dan bergaul dengan orang baik
-kita sedia maklum bahawa kita bukanlah seperti para sahabat nabi yang tahap keimanan mereka begitu tinggi ,oleh yang demikian kita patut mencari inisiatif untuk berkawan dengan orang baik. Orang2 baik yag saya maksudkan disini bukan la dinilai secara luaran semata mata tapi hendaklah dinilai dari sudut kacamata agama. Pergaulan bersama orang yang baik memudahkan kita untuk sama sama menjadi baik. Kita belum lagi menjadi baik apabila kita sudah merasakan diri kita cukup baik.

2. mewujudkan suasana  yang baik dan mencarinya
-suasana yang baik hanya akan terhasil dengan orang yang baik, kita sebagai khalifah masing2 mempunyai tanggungjawab dan juga kedudukan. Terdapat beberapa keadaan dimana kita boleh mewujudkan suasana yang baik dengan menggunakan kedudukan kita. sebagai contoh seseorang majikan boleh meminta para pekerja nya supaya berhenti sekejap supaya dapat bersama menunaikan solat berjemaah ,pengaruh pemimpin amat besar dalam mewujudkan suasana beragama yang baik. Malaysia pada umum nya masih belum dapat mewujudkan suasana yang sebegini. 

3. pembudayaan budaya ilmu dalam setiap aspek kehidupan.
-ilmu merupakan tunjang kepada sesebuah gerakan anak muda,kebanyakan anak muda sekarang mempunyai jiwa pejuang, tetapi jika perjuangan hanya disandarkan kepada semangat semata mata tanpa melibatkan ilmu pengetahuan maka pastilah perjuangan itu tidak bertahan lebih lama.

4. menghormati sesiapa sahaja tanpa mengira status
-kebanyakan dari masyarakat moden tidak beberapa prihatin  akan soal silaturrahim ini. Hal ini cukup menyedihkan kerana perkara inilah yang pasti membawa mudarat yang besar kepada kemajuan ummah.perhubungan kita kepada manusia lain melambang kan setakat mana kekuatan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Terdapat segelintir kita yang merasakan diri cukup baik sehingga dengan mudah menghina orang lain,sedarlah bahawa sebenarnya anda ditipu dengan bayangan kebaikan diri sendiri. Wujudkan sikap merendah diri dalam setiap perbuatan seharian.

perkongsian ini bukan bermaksud bahawa yang menulis ini lebih baik dari yang membaca tetapi ia sekadar makalah untuk muhasabah bersama...wahai anak muda sekalian perjuangan dalam memartabat kan agama ditempat sewajarnya perlu digerakkan SEKARANG juga  agar kita tidak menyesal dihati hari mendatang...

salam mahabbah Islam dari musafir ilmu bumi bangi
kenangan bersama amin idris,anak muda yang wajar dicontohi


Rabu, 22 Mei 2013

mahasiswa bukan budak sekolah!!

assalamualaikum,,
lama sungguh rasanya diri ini tidak menulis sesebuah makalah,hari ini aq rasa ingin menulis apa yang dikatakan sebuah wacana pemikiran anak muda,kami anak muda sebenarnya bukanlah mahukan apa yang dikatakan keganasan cuma kami inginkan sebuah kebebasan bersuara sepertimana yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri,
apa makna jika negara dipenuhi dengan pencakar langit andai pemikiran masyarakat serendah reban ayam,
apa makna negara yang ada pengangkutan yang begitu laju,tetapi pemikiran anak mudanya begitu lembab dek kerana sikap pemrintah yang mersakan diri mereka itu melindungi namun hakikatnya mereka
MENGONGKONG.....
kami mahukan pendidikan yang sewajarnya kami dapat, keistimewaan seorang yang bergelar mahasiswa
aq secara peribadinya merasakan bahawa minda remaja akan terus mundur seandainya perkara ini tidak diambil perhatian oleh pemerintah, berkuasa bukan bermakna mengongkong kebebsan intelektual.
sedih andai mahasiswa dilayan seperti masih di tadika kemas
KAMI MAHUKAN HAK KAMI!!!!!!!
kalam ini khas untuk golongan yang patut amik perhatian