Sabtu, 8 Disember 2012

KEBINASAAN DALAM KEBAHAGIAAN DUNIA


                         Pengalaman mase hari pendaftaran cukup hebat bgi saya kerana  dapat melihat wajah seorang ABAH yang sangat gembira kerana dapat melihat anaknya masuk U.dan saya juga x akan lupa ciuman kasih EMAK apabila saya memberitahu keputusan bhawa saya diterima masuk ke UKM.Perasaan itu sentiasa berlegar difikiran hingga saat ini.Namun,saya amat sedih melihat diri ini kini,yang makin lalai dalam pelbagai sudut khusunya dalam Bab menyintai ALLAH

                   Ingatlah WAHAI  SISWA SISWI bahawa kita berada di sini bukan nya atas kehebatan kita tapi adalah kerana KITA MEMPUNYAI IBU BAPA YANG HEBAT. Jadi mengapa kita perlu untuk berasa hebat dan bangga dengan diri sendiri sehingga kita semakin jauh dengan perintah  ALLAH yang mencipta kita.

                 Misalnya,dalam aspek suruhan ALLAH,kita sering tinggalkan dan permudahkan dek kerana alasan ketiadaan masa kerana sibuk dengan asingment. Cuba renung sejenak ,siapa yang cipta kita ????siapa yang bagi perintah kat kita?????????siapa yang tetapkan hukum syarie pada kita????sapa yang cipta ujian dalam kehidupan?????? 

                         Jawapan nya ialah ALLAH .jadi secara warasnya,kita boleh berfikir bahawa ALLAH yang mencipta kita pasti tahu apa yg terbaik untuk kita. Jadi tidak mungkin lah ALLAH menzalimi kita kan???barangkali kita yang rasa bahawa ALLAH menzalimi kita kerana kita x mahu ikut perintah ALLAH.
         
          Hal ini seringkali dijadikan alasan segilintir dalam kalangan kita dengan cara cuba mempersoalkan rasional segala perintah ALLAH yang diberikan tanpa melihat perkara kebaikan yang terdapat dalam perintah ALLAH itu.

Contoh mudah soal menutup aurat,terdapat segelintir sahabat yang saya temui (MUSLIMAH) mengatakan ‘kami bukan x nak tutup aurat tapi kalo tutup mcm x ikut trend la’ ada juga mengatakan begini ‘alaaa.t kalo sampai seru kami tutup la aurat sekarang masih muda kan’ . Saya agak bimbang dengan golongan yg berkata begini kerana apa yg mereka pertikaikan adalah Hukum ALLAH bukan hukum manusia.

          Wahai siswi,muslimat,wanita .yakinlah bahawa ALLAH amat menyayangi kamu walaupun terdapat dalam kalangan kami muslimin mengatakan dan menzahirkan kasih kami kepada kamu.Jika ada di kalangan kami yang mengatakan kami lah yg pling sayang kepada kamu maka kami  ialah golongan PEMBOHONG.jangan sampai kasih manusia kamu lihat lebih hebat dari kasih tuhanmu.INGAT!!!!!!

          Itulah realiti yang perlu kita terima bahawa kasih nya ALLAH mengatasi segala galanya.jadi sebagai siswa dan sisiwi Islam sedarlah bahawa kita di beri kesempatan di UKM atas tiket untuk menuntut sebanyak mana ILMU ALLAH di dunia ini. Bukan nya untuk menonjolkan diri agar diberi pujian oleh manusia sehingga lupa untuk memuji yg MAHA KUASA…salam ukhwah (MHBI)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan