Jumaat, 29 November 2013

mahasiswa perosak masyarakat???

assalamualaikum mahasiswa sekalian,

mahasiswa merupakan sebuah golongan intelektual yang memacu perkembangan dan halatuju sesebuah negara. hakikatnya kini negara kita semakin tandus siswa yang mempunyai nilai moral dalam setiap aspek kehidupan. pelbagai ragam manusia yang semakin hari semakin rabun dalam menilai apa yang disebut sebagai KEHIDUPAN. Mahasiswa kini melihat hidup dalam perspektif masyarakat barat yang bertuhankan keseronokan semata mata, rosaknya mahasiswa rosaknya masyarakat.






Ayuh kita bangkit dari lena yang dicipta oleh golongan yang mahu merosakkan kita sebagai mahasiswa. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh datuk fadzilah kamsah mengatakan bahawa di malaysia sahaja 83% rakyat malaysia tidak cukup solat. Islam semakin berkembang baik di dalam negara kita, misalnya di sekitar UKM ini sendiri pelbagai majlis ilmu yang tersedia. Hal ini berbalik kepada diri sendiri sama ada mahu atau tidak menyertai majlis ilmu yang sedemikian.

Kita sebagai mahasiswa zaman ini sedang berada dalam suatu zaman di mana ilmu semakin murah harganya. Misalnya dalam menyiapkan sesebuah tugasan semua maklumat berada di hujung jari. Hal ini seringkali diambil kesempatan oleh mahasiswa bagi  mengambil jalan pintas bagi menghasilkan karya ilmiah. saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz Hasrizal Jamil berkenaan  dengan sikap mahasiswa yang malas dalam menuntut ilmu. Beliau juga menegaskan sikap sebegini akan menghancurkan masyarakat.

Hidup ini merupakan pilihan. seandainya kita memilih jalan yang mudah di dunia ini pastinya kita akan susah di akhirat sana. Dalam hidup yang teramat singkat ini ,amatlah rugi andai masa yang ada ini kita sia siakan dengan perkara yang sia sia.

profesor hamka pernah berkata 

Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

bagaimana kita ingin mengenal kejayaan andai kita tidak pernah merasai kegagalan. Mahasiswa perlu sedar dimana kita mempunyai tujuan yang jelas dimana Allah tegaskan dalam firmannya didalam surah 
az zariyat ayat 56:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.



Mahasiswa sebenar melihat segala usaha yang dilakukannya ialah semata mata kerana Allah. Saya teringat pesanan Dr faudzinaim pesyarah UKM, beliau mengatakan segala perkara yang kita lakukan hendaklah diniatkan untuk Allah swt bukannya untuk manusia semata mata. jika kita mencari penghargaan manusia semata mata saya khuatir kita akan hilang penghargaan dari Allah swt.

Akhir kalam ayuh kalian semua mahasiswa seluruh dunia ,bangunlah dari mimpi yang kita cipta sendiri, berpijaklah di bumi nyata dimana fakta pasti mengalahkan yang dusta, yang Haq pasti mengalahkan yang batil pada suatu hari nanti


salam musafir ilmu dari bumi bangi ukm









Tiada ulasan:

Catat Ulasan